Sunday, August 30, 2009

MEGA LANES

MILO SPONSER(MINUM JAK LA)
SARAWAK
SHOT YANG TERBAIK AKU LA
SARAWAK T.E.A.M
NIZAM THE BOWLER'S T.E.A.M


Friday, August 21, 2009

Saturday, August 15, 2009

HARI SABTU 16-8-2009

KISAH-KISAH BENAR....HA3 ^_^

Hari ni aku rasa bahagia dengan family aku dan rakan aku.Memang best giler la hari ni cuma hajat satu saja yang tak ketersampain iaitu tak jadi main futsall.Erm very boring lo because not play futsall today.But my father say u play tommorow sunday la,with Anthony play basketball.But i don't play basketball because so many chinese play.Erm,but it's okey and my father tell me tommorow him brings me go to parkson buy the big apple and donuts(yahooo).
Petang tadi aku gembira sangat la,sebab aku dapat cakap denga bergurau dengan "si dia".Yes,very amazing.Thanks "GOD".Sambil bergurau tu aku tengok la movie jangan pandang belakang congkak rugi tak tengok owwhh,lepas tu aku tengok la cerita syurga cinta lakonan awal dan heliza,best juga drama tu.Hahaa mengajar cara bercinta pulak.Yang paling best ni kakak aku belikan aku big apple dan donuts hari ni aku makan 3 jenis iaitu snow white dan 2 coklat donuts.Kakak aku bagitau hari ni ada jualan murah kat parkson iaitu jualan murah jual "KEK".Kakak aku beli tiga jenis kek tu.ho2....sedap hingga menjilat jari.Happy2 end talk with "si dia".Next week aku kena belanja dia minum cola,ni yang menyebabkan aku bankrup ni,ha2...biasalah kedekut sangat ni.

THANKS
-GOD
-MY FAMILY
-FRIENDS
-"SI DIA"
utusan karya oleh:RODDY


Tuesday, August 11, 2009

Sunday, August 9, 2009

Aku terbaca satu akhbar:-H1N1: Lapan lagi mati

  • JUMLAH korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan semalam.

    Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.

  • Jadual peperiksaan utama yang bakal diduduki pelajar hujung tahun ini kekal.
  • Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya mempunyai pelan kontigensi untuk menangani perkara itu sekiranya jangkitan H1N1 tidak terbendung.
  • Semua masjid di seluruh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon negara diselamatkan daripada penularan wabak influenza A(H1N1).

KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.

Selain itu katanya, kes terbaru itu menyaksikan kes kematian pertama di Sabah melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.

“Satu kematian direkodkan pada 3 Ogos lalu, dua pada 5 Ogos, empat pada 6 Ogos dan satu kematian direkodkan semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Razak Tambi.

Menurut Tiong Lai, kes kematian di Sabah turut membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah obesiti.

Katanya, mangsa dimasukkan ke Hospital Ranau pada 1 Ogos lalu kerana mengalami demam dan batuk selama empat hari, sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Beliau memberitahu, mangsa yang mengalami jangkitan paru-paru dan kegagalan jantung hanya disahkan menghidap wabak H1N1 pada 7 Ogos lalu.

“Kes kematian lain di Sabah adalah melibatkan lelaki berusia 74 tahun yang menghidapi penyakit jantung kronik yang dimasukkan ke HQE pada 3 Ogos yang mempunyai sejarah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam satu hari sebelum meninggal dunia pada 6 Ogos lalu,” katanya.

Tiong Lai berkata, pada masa ini seramai 62 mangsa H1N1 sedang mendapatkan rawatan di hospital dan 13 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),

Jelasnya, selain itu lima lagi pesakit yang disyaki menghidap H1N1 turut ditahan di ICU bagi menunggu keputusan ujian.

Sementara itu katanya, pada masa ini sebanyak 402 kes direkodkan di Sabah dengan tujuh mangsa masih ditahan di hospital termasuk seorang di ICU dan tujuh lagi kes ILI yang masih menunggu keputusan ujian.

Tambahnya, sehingga hari ini juga sebanyak 35 sekolah di Sabah ditutup akibat wabak itu.

17-08-2009 NEW TIME TABLE



BUANG BORING....CARI SAYA?DIMANAKAH LETAK GAMBAR SAYA.

Hari ni aku dapat juga ikut jadual baru aku pada waktu pagi iaitu pukul 4:15-5:00.Rasa sangat gembira dapat ikut jadual baru yang telah dicipta oleh roddy^_^.Lepas habis ulangkaji,apalagi aktiviti harian aku iaitu on9,ha3,tak ada kerja lain asyik on9 je.Ni lah boleh buat aku gembira sambil aku tengok-tengok friendster aku nak kacau blog si "izzatul".Ha3,padan muka dia,aku nak kacau dia dulu,untuk buang boring aku sebelum aku nak mandi dan turun ke sekolah.Jangan marah ia izzatul,bak kata orang,bergurau-gurau ada batasnya.Erm,lepas aku kacau blog orang,aku nak tengok web aku yang satu lagi,sudah tentu ramai orang hantar komen,rasa nye je la.Lepas aku pergi blog izzatul,aku nak kacau blog Nadia pulak.ha3.Siap la kau nadia.

akhir la kisah aku pada waktu pagi,sambil-sambil tu aku dengar lagu dan berkenalan dengan seorang perempuan di friendster saya,memang comel bak kata novel kenal maka tak cinta.Ha2,gurau je dong..tak bisa dong.

Jadual baru saya









Hari ni aku buat jadual baru dan rasa gembira la sebab dapat buat jadual waktu pembelajaran sendiri...^_^
-harap-harap aku dapat ikut jadual waktu baru aku tu
-thank GOD,sebab dah buatkan aku sangat "happy" hari ni.Amen

Nigth at the museum battle of the Smithsonian 2

Memang best la cerita ni,rugi tak tengok ni,dia mengisahkan bagaimana nak mencari rakan dan atau teman yang baik walaupun dalam keadaan dalam suasana di muzium.Semuanya rakan dia adalah orang-orang sejarah.

Saturday, August 8, 2009

Keletihan Aku hari Ini



guitars


Hari ni aku letih dan terpaksa lah aku tidur sekitar pukul 3:30ptg selepas aku balas komen geng-geng dalam "friendster"
dan mereka memang baik la,walaupun tak kenal dari segi unsur keluarga dan latar belakang mereka hanya boleh berkenalan di chat sahaja.Bak kata buku novel "kenal maka tak cinta".

Gambar yang aku Upload




KELUARGA AKU KETAWAKAN AKU SEBAB DAH NAIK KE BULAN



Friday, August 7, 2009

Hari Yang Cukup gembira

Pagi tadi waktu pukul 10:30 a.m,Aku dan Najmi pergi la makan kat krp tu.Tapi tak jadi makan
sebab Mr.lee kata dah nak start program ceramah tu.Bukan main lawak lagi,kesian juga tengok pekerja kat sana.Aduh hai,tapi memang lucu sangat la,sebab sempat lagi mengacau si mariana dan kawan-kawannya.Buang boring,tapi mereka rindu sangat dengan saya,"roddy awak pergi mana selama ni tak pernah tengok kamu la"apa lagi aku jawab,"wah rindu saya ek"..mereka pun kata ya,ha3...Mereka ni memang ingat kawan la,walaupun mereka form6,tapi aku anggap mereka sebagai KAKAK aku,tak lebih daripada itu.Rakan jangan sekali kita lupakan..

ni la peribahasa yang aku cipta sendiri,harap kamu orang jangan tiru ini semasa exam

bak kata roddy,

jika tak ada pensil dan kertas macam mana manusia nak tulis..
jika kita ada pensil tapi tak ada kertas,
susah juga nak tulis dalam mana-mana
,jadi kertas dan pensil tak pernah putus hubungan.

Fikir-fikirkan la wahai saudara pemblogkan disini..

Ceramah Yang dikendalikan oleh:Nestor bin joannes

"Seganas-ganas harimau,harimau tak akan makan anaknya sendiri".

-Ingin melarikan diri daripada masalah

Isu/kebimbingan
-pelajar tidak mempunyai motivasi yang cukup
-persediaan pelajar kurang memuaskan
-pelajar menghadapi tekanan kebimbangan untuk menghadapi tekanan kebimbangan untuk menghadapi cabaran
-pelajar akan menghadapi peperiksaan Spm@Stpm 19 haribulan November 2009

Pecutan akhir
-"Dengan segala keadaan dan dengan segala apa yang ada pada ketika ini(masa,tenaga,sumber,d$b),apa yang terbaik boleh saya lakukan untuk memastikan saya cemerlang.

Untuk apa peperiksaan itu bagi anda?
-menilai pengetahuan?
-batu loncatan untuk peningkatan akademik
-menilai kelayakan untuk kerjaya seterusnya?
-kewajiban sebagai pelajar
-imej
-mendapat maklumat tentang pencapai pelajar
-mengukur sejauh mana pelajar tahu tentang sesuatu bidang ilmu

Harapan ibubapa apabila mereka menghantar anak ke sekolah

*Anak berjaya dalam pelajaran

*Anak mendapat pekerjaan stabil

*Anak mendapat gaji lumayan

*Anak membawa keselesaan hidup keluarga


Lakukan "OUTPUT LEARNING"

-Latihan menjawab soalan

-Soalan tahun-tahun lepas

-Contoh soalan-soalan


Apakah yang menghalang anda untuk anda untuk belajar atau membuat latihan-latihan bersungguh?

#Senaraikan perkara-perkara yang menghalang anda untuk belajar atau mebuat latihan bersungguh-sungguh.

-banyak bermain

-malas

-belajar ala kada

-suka membuat aktiviti yang tidak berfaedah


Perkara ini adalah musuh anda

"perkara yang menghalang saya untuk belajar atau membuat latihan bersungguh-sungguh adalah...semua perkara ini adalah musuh bagi saya"


AKU TERBACA SATU AKHBAR DI INTERNET

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM ikut jadual

PUTRAJAYA 4 Ogos - Kerajaan tidak akan menangguhkan empat peperiksaan awam meskipun berlaku penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kerana tidak mahu mengganggu jadual yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar yang dijangkiti H1N1 akan diasingkan atau diarah menduduki peperiksaan di hospital jika keadaannya tidak serius dan mendapat nasihat doktor.

"Kita telah putuskan peperiksaan-peperiksaan awam akan diadakan mengikut jadual. Ini penting supaya tidak terganggu jadual peperiksaan yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan empat peperiksaan awam kerana ia boleh menjejaskan persediaan pelajar serta guru.

Berdasarkan takwim Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijadual dari 8 hingga 10 September ini manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober serta ujian bertulis (19 November-16 Disember) manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 19 hingga 21 Oktober.

Majlis Peperiksaan Malaysia juga menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, sekiranya ramai pelajar terbabit dengan peperiksaan menghidap H1N1, sekolah akan diberikan cuti bagi mengelak wabak tersebut menjangkiti pelajar-pelajar lain.

"Hanya pelajar yang ambil peperiksaan datang ke sekolah," ujarnya.

Selain itu, beliau menjelaskan, kerajaan juga tidak berhasrat mempercepatkan cuti sekolah pertengahan penggal pada penghujung bulan ini.


Hari sabtu 8-8-2009

HARI INI HARI SABTU DAN HARI YANG DINANTIKAN WAKTU CERAMAH

Tak sabar nak tengok member-member aku yang datang ke KRP untuk ceramah PECUTAN SIJIL PENDIIDKAN MALAYSIA.Tentu gembira dapat tengok orang ramai nanti dan termasuk cikgu juga sanggup mengabaikan masa mereka demi pelajar walaupun hari ini adalah hari percutian mereka.Tapi mereka menggangap yang lebih penting adalah murid.

"Terima Kasih Cikgu ku Yang berada di SMKLUTONG"

STRIKE BOWLING T.E.A.M SARAWAK





STAIL TO GET STRIKE..SWING BALLS


NI JE YANG AKU UPLAOD MALAS NAK UPLOAD BANYAK-BANYAK

-Bad tym to strike
-pin aku sangat teruk tym ia
-erm..rasa diri nak tendang je bola bowling yang aku punya tu
-strike xxxx...tapi banyak / / / /

-Tapi tak apa,aku rasa hebat juga single events kali ni.
-very proud la..ha3...
-ha3..best juga ambil gambar anak coach ni..sebab dia "comel"sangat walaupun kecil orangnya
tapi,boleh tahan orang nya..bukan calang-calang orang.

LANES 3@4:SINGLE EVENTS
-roddy
-syakila
-Mohd tareq





Marah Tapi Tak Sampai Hati nak Marah....

erm...pada ketika itu,waktu exam..nampaknya budak ni sengaja kacau aku,tapi aku tak endah dan aku terus la balas.
Biasalah aku ni,bak kata orang pantang dicabar,kalau nenek moyang saya pantang dicabar apatah lagi cicitnya ni tak sanggup dicabar.Tapi,sikap aku yang sabar ni,sebab aku harus ingat apa yang diajar oleh BIBLE dan AGAMA saya,janganlah membalas dendam terhadap seorang itu,biar kan sahaja pasti dia akan terima balasan.Tapi sebenarnya aku rasa nak tumbuk je,budak ni pakai "jump kick" yang diajar oleh guru TEAKWONDO aku si "Nicholas",tapi aku tak sanggup buat macam tu.Sebenarnya sikap dia tu,memang lah kurang ajar sangat dengan Guru,tapi aku rasa budak ni,mengapa-mengapalah dia ni belum ada kesedaran dalam diri dia.Sangat panas la aku dan guru yang lain tengok dia macam ni.Tapi apa boleh buat,dah perangai dia..tidak mampu untuk mengubah sikapnya begitu.Biasalah,merekan kuasa di dalam kelas dan sekolah,tapi sebaliknya tidak la kuasa sangat,biasa saja bagi aku.Tapi aku harap dengan segala yang dilakukan oleh si "dia" ni,dapat aku maafkan.

RAKAN YANG TAK PANDAI MENCARI TEMAN
-kuat bersindir dan mengumpat
-mengata orang dia yang lebih
-rasa diri hebat dan digeruni

RAKAN YANG AKU TERCARI-CARI TAPI BELUM KU LIHAT PERANGAI MEREKA
-sentiasa cool dan bergurau
-ego tapi tak lebih(maksud nya "ego",kalau tak ada perasaan "ego" ini,perangai yang dicipta TUHAN,tidak akan menjadi-jadi.
-pandai bercerita dan matang mengikut umur.
-tidak kira tua dan muda aku tetap terima mereka sebagai rakan aku.

kesilapan diri sendiri"aku" dan perangai
-rasa nak marah
-sedih:-(
-gembira:-)
-buat kerja dengan laju dan pantas(tym pengetua suruh buat kerja,apa lagi aku buat la dengan laju"...)
-rasa diri hebat tapi tak la sehebat kamu orang
-suka bergurau tapi gurauan yang sangat best giler
-pandai ambil hati,kadang-kadang tak ambil hati orang..ha3


harap-harap rakan aku yang berada dalam blog ni atau rakan smklutong dan sekolah lain-lain
dapat memberi sedikit la motivasi kepada aku..

ha3...sekadar meluahkan perasaan..


from:roddy
dicipta:roddy