Thursday, October 8, 2009
aku dan dia
Friday, September 25, 2009
Bumi Kenyalang Photography
Sunday, August 30, 2009
Friday, August 21, 2009
Saturday, August 15, 2009
HARI SABTU 16-8-2009
Tuesday, August 11, 2009
Sunday, August 9, 2009
Aku terbaca satu akhbar:-H1N1: Lapan lagi mati
utusansabah@utusan.com.my
- JUMLAH korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan semalam.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.
- Jadual peperiksaan utama yang bakal diduduki pelajar hujung tahun ini kekal.
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya mempunyai pelan kontigensi untuk menangani perkara itu sekiranya jangkitan H1N1 tidak terbendung.
- Semua masjid di seluruh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon negara diselamatkan daripada penularan wabak influenza A(H1N1).
KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.
Selain itu katanya, kes terbaru itu menyaksikan kes kematian pertama di Sabah melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.
“Satu kematian direkodkan pada 3 Ogos lalu, dua pada 5 Ogos, empat pada 6 Ogos dan satu kematian direkodkan semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Razak Tambi.
Menurut Tiong Lai, kes kematian di Sabah turut membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah obesiti.
Katanya, mangsa dimasukkan ke Hospital Ranau pada 1 Ogos lalu kerana mengalami demam dan batuk selama empat hari, sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Beliau memberitahu, mangsa yang mengalami jangkitan paru-paru dan kegagalan jantung hanya disahkan menghidap wabak H1N1 pada 7 Ogos lalu.
“Kes kematian lain di Sabah adalah melibatkan lelaki berusia 74 tahun yang menghidapi penyakit jantung kronik yang dimasukkan ke HQE pada 3 Ogos yang mempunyai sejarah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam satu hari sebelum meninggal dunia pada 6 Ogos lalu,” katanya.
Tiong Lai berkata, pada masa ini seramai 62 mangsa H1N1 sedang mendapatkan rawatan di hospital dan 13 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),
Jelasnya, selain itu lima lagi pesakit yang disyaki menghidap H1N1 turut ditahan di ICU bagi menunggu keputusan ujian.
Sementara itu katanya, pada masa ini sebanyak 402 kes direkodkan di Sabah dengan tujuh mangsa masih ditahan di hospital termasuk seorang di ICU dan tujuh lagi kes ILI yang masih menunggu keputusan ujian.
Tambahnya, sehingga hari ini juga sebanyak 35 sekolah di Sabah ditutup akibat wabak itu.
17-08-2009 NEW TIME TABLE

Hari ni aku dapat juga ikut jadual baru aku pada waktu pagi iaitu pukul 4:15-5:00.Rasa sangat gembira dapat ikut jadual baru yang telah dicipta oleh roddy^_^.Lepas habis ulangkaji,apalagi aktiviti harian aku iaitu on9,ha3,tak ada kerja lain asyik on9 je.Ni lah boleh buat aku gembira sambil aku tengok-tengok friendster aku nak kacau blog si "izzatul".Ha3,padan muka dia,aku nak kacau dia dulu,untuk buang boring aku sebelum aku nak mandi dan turun ke sekolah.Jangan marah ia izzatul,bak kata orang,bergurau-gurau ada batasnya.Erm,lepas aku kacau blog orang,aku nak tengok web aku yang satu lagi,sudah tentu ramai orang hantar komen,rasa nye je la.Lepas aku pergi blog izzatul,aku nak kacau blog Nadia pulak.ha3.Siap la kau nadia.
Jadual baru saya
Nigth at the museum battle of the Smithsonian 2
Saturday, August 8, 2009
Keletihan Aku hari Ini



Hari ni aku letih dan terpaksa lah aku tidur sekitar pukul 3:30ptg selepas aku balas komen geng-geng dalam "friendster"
Friday, August 7, 2009
Hari Yang Cukup gembira
Ceramah Yang dikendalikan oleh:Nestor bin joannes
Harapan ibubapa apabila mereka menghantar anak ke sekolah
*Anak berjaya dalam pelajaran
*Anak mendapat pekerjaan stabil
*Anak mendapat gaji lumayan
*Anak membawa keselesaan hidup keluarga
Lakukan "OUTPUT LEARNING"
-Latihan menjawab soalan
-Soalan tahun-tahun lepas
-Contoh soalan-soalan
Apakah yang menghalang anda untuk anda untuk belajar atau membuat latihan-latihan bersungguh?
#Senaraikan perkara-perkara yang menghalang anda untuk belajar atau mebuat latihan bersungguh-sungguh.
-banyak bermain
-malas
-belajar ala kada
-suka membuat aktiviti yang tidak berfaedah
Perkara ini adalah musuh anda
"perkara yang menghalang saya untuk belajar atau membuat latihan bersungguh-sungguh adalah...semua perkara ini adalah musuh bagi saya"
AKU TERBACA SATU AKHBAR DI INTERNET
Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM ikut jadual
PUTRAJAYA 4 Ogos - Kerajaan tidak akan menangguhkan empat peperiksaan awam meskipun berlaku penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kerana tidak mahu mengganggu jadual yang telah ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar yang dijangkiti H1N1 akan diasingkan atau diarah menduduki peperiksaan di hospital jika keadaannya tidak serius dan mendapat nasihat doktor.
"Kita telah putuskan peperiksaan-peperiksaan awam akan diadakan mengikut jadual. Ini penting supaya tidak terganggu jadual peperiksaan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.
Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan empat peperiksaan awam kerana ia boleh menjejaskan persediaan pelajar serta guru.
Berdasarkan takwim Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijadual dari 8 hingga 10 September ini manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober serta ujian bertulis (19 November-16 Disember) manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 19 hingga 21 Oktober.
Majlis Peperiksaan Malaysia juga menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, sekiranya ramai pelajar terbabit dengan peperiksaan menghidap H1N1, sekolah akan diberikan cuti bagi mengelak wabak tersebut menjangkiti pelajar-pelajar lain.
"Hanya pelajar yang ambil peperiksaan datang ke sekolah," ujarnya.
Selain itu, beliau menjelaskan, kerajaan juga tidak berhasrat mempercepatkan cuti sekolah pertengahan penggal pada penghujung bulan ini.
Hari sabtu 8-8-2009
STRIKE BOWLING T.E.A.M SARAWAK


.jpg)
-Bad tym to strike












aku dan ganding











